15 Mei 2020 11:03 am

Amalan Rasulullah Saw, Menjemput Lailatul Qodar Di Malam 10 Terakhir




Salah satu kelebihan yang Allah SWT berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah ‘Malam Lailatul Qadar’.

Allah Swt berfirman ,Dalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 3 :

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al_Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”

Di malam Lailatul Qadar, Allah menganugrahkan berbagai rahmat, ampunan dan keberkahan kepada orang yang beramal sholeh dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turun para Malaikat beserta berkah dan rahmat Allah yang dikhususkan pada malam lailatul qadar.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).

Amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan , Diantaranya :


  • Mandi, dan memakai wangi-wangian
  • Beriktikaf yakni berdiam diri di masjid, beribadah kepada allah

Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

  • Membangunkan keluarga untuk mendirikan ibadah kepada allah swt
  • Memperbanyakkan amal ibadah
  • Berqiamulail di masjid
Daripada Amru bin ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat pada malam Ramadhan dan membaca 10 ayat daripada Al-Quran, maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” (Hadis Riwayat Abu Daud r.a.)
  • Menghadiri majlis ilmu, mempelajari hadist, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.

Dzikir yg dianjurkan untuk dibaca di malam 10 terakhir ini yakni : “Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli” Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
  1. Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  2. Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  3. Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  4. Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Allah Swt akan memberikan keistimewaan tersendiri kepada hamba-Nya yg memanfaatkan sepuluh malam terakhir ini untuk menebus kesalahan yg telah diperbuat di masa lalu Pada malam Lailatul qadar, Allah menentukan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur, sakit atau sehatnya seseorang serta ajal manusia dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun selanjutnya.

Maka sudah seharusnya kita memanfaatkan kesempatan ini untuk betul betul bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, dengan ridhonya kita bisa menjadi insan yg lebih baik di masa selanjutnya, Insya Allah..


Source Img : detik.net.id
Baca Artikel Lainnya
Update Produk Terbaru!
`Berlangganan
Social Media
Pengaduan Customer
082132283581
Metode Pengiriman
Lawang Agung Grup
@2020 Lawang Agung Inc.